Admin
Admin
Posts : 32
Join date : 17/04/2009
Age : 41
Location : localhost
|
Subject: Syarat Dan Kelayakan Tue Jul 14, 2009 5:51 pm |
|
|
- Ibubapa / penjaga Pelajar yang layak memohon mempunyai pendapatan rendah sebulan dan bergantung pada tanggungan, pertimbangan boleh diberi tertakluk kepada bilangan tanggungan mengikut garis panduan Jadual Pemarkahan Kelayakan Pendapatan bagi Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA.
- Warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera.
- Telah ditawarkan mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Program Persediaan / Pra-Universiti Skim Pelajar Cemerlang (SPC) atau Diploma atau Higher National Diploma atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di IPTS, IPTA (untuk program SPC peringkat Persediaan / Pra-U sahaja) atau IPMa.
- Pendahuluan pinjaman pelajaran boleh dipertimbangkan kepada seorang pelajar bagi setiap peringkat pengajian sekiranya pelajar tersebut melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jika peringkat pengajian yang sama, permohonan tidak layak dipertimbangkan.
- Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian tidak layak dipertimbangkan.
- Pelajar yang ditawarkan pengajian ke IPTA adalah tidak layak memohon kecuali mereka yang ditawarkan pengajian di peringkat Program Persediaan / Pra-U Skim Pelajar Cemerlang (SPC).
- Permohonan Pendahuluan ini hanya boleh dibuat di Pejabat MARA Negeri yang terdekat mengikut alamat terkini Pelajar.
|
|