PEJABAT MARA NEGERI PAHANG
Welcome
PEJABAT MARA NEGERI PAHANG
Welcome
PEJABAT MARA NEGERI PAHANG
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Tingkat 3, Plaza Gambut, Jalan Gambut, 25000 Kuantan
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Ertikata -Sila Rujuk Disini-
Perlaksaaan Penguatkuasaan EmptyWed Jul 15, 2009 11:53 am by

» Syarat Dan Kelayakan
Perlaksaaan Penguatkuasaan EmptyTue Jul 14, 2009 5:51 pm by

» Terma - Terma Pendahuluan
Perlaksaaan Penguatkuasaan EmptyTue Jul 14, 2009 5:40 pm by

» Jaminan/Penjamin
Perlaksaaan Penguatkuasaan EmptyTue Jul 14, 2009 5:35 pm by

» Tatacara Permohonan
Perlaksaaan Penguatkuasaan EmptyTue Jul 14, 2009 5:27 pm by

» Tempoh Bayaran Balik
Perlaksaaan Penguatkuasaan EmptyTue Jul 14, 2009 4:29 pm by

» Program-Program Pembudayaan
Perlaksaaan Penguatkuasaan EmptyTue Jul 14, 2009 2:17 pm by

» Kumpulan Sasaran
Perlaksaaan Penguatkuasaan EmptyTue Jul 14, 2009 2:15 pm by

» Program-Program Pembangunan Penyewa
Perlaksaaan Penguatkuasaan EmptyTue Jul 14, 2009 2:14 pm by

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Affiliates
free forum


 

Perlaksaaan Penguatkuasaan

View previous topic View next topic Go down 
Author Message
Admin
Admin
Admin

Posts : 32
Join date : 17/04/2009
Age : 41
Location : localhost

Perlaksaaan Penguatkuasaan Vide
PostSubject: Perlaksaaan Penguatkuasaan   Perlaksaaan Penguatkuasaan EmptyWed May 06, 2009 1:53 pm

2. KAEDAH KAWALAN KE ATAS PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

2.1 Surat-Surat Peringatan

Apabila berlaku pelanggaran syarat dan peraturan
Seperti jika jadual bayaran balik tidak dipatuhi.

2.2 Notis Tuntutan 14 hari

Apabila Surat Peringatan diabaikan, Notis Tuntutan 14 hari. (menuntut supaya dijelaskan tunggakan ansuran bayaran balik atau baki pembiayaan)

2.3 Saman / Penghakiman

Jika Tuntutan yang terkandung dalam Notis Tuntutan 14 hari yang dikeluarkan tidak
dipenuhi, tindakan Saman akan diambil dimana Penghakiman akan diperolehi dari
Mahkamah memerintahkan supaya peminjam dan penjamin-penjaminnya membayar
Keseluruhan baki pembiayaan (bukan sekadar tunggakan)

2.4 Tindakan Pelaksanaan

Jika peminjam gagal mematuhi Penghakiman yang dikeluarkan oleh mahkamah tindakan
Pelaksanaan akan diambil ke atas peminjam dan penjamin-penjaminnya. Antara jenis tindakan Pelaksanaan yang boleh diambil ialah :-

2.4.1 Tindakan Penyitaan dan Penjualan

(Rampasan atas harta kepunyaan peminjam / penjamin yang akan dilelong dan hasilnya, setelah ditolak semua kos, akan dibayar kepada tuntutan MARA

2.4.2 Ganismen

Rampasan wang kepunyaan peminjam / penjamin yang ada pada pihak ketiga untuk membayar tuntutan MARA

2.4.3 Bankrapsi / Muflis

2.4.4 Saman Penghutang Penghakiman

Mahkamah akan menetapkan satu jadual bayaranbalik. Jika tidak dipatuhi boleh mengakibatkan peminjam / penjamin dipenjarakan





3. KAEDAH KAWALAN KE ATAS PENYEWA PREMIS PERNIAGAAN MARA


Jika Perjanjian Penyewaan masih berkuatkuasa (Hidup)

3.1 Pengeluaran Surat-Surat Peringatan kepada penyewa yang mula melanggar peraturan
dan syarat-syarat penyewaan
. Contohnya kegagalan mematuhi bayaran sewa bulanan

3.2 Jika Surat Peringatan diabaikan tindakan tindakan berikut akan diambil kepada
penyewa
;

3.2.1 Notis Tuntutan 14 hari
Bertujuan menuntut tunggakan sewa sahaja.

3.2.2 Tindakan Distress
Tindakan menyita ruangniaga dan melelong barang-barang yang terdapat didalam ruangniaga tersebut bagi menutup tunggakan sewa yang ada. Tindakan tidak bertujuan untuk mengambil milikan ruangniaga.

3.2.3. Notis Membaiki keingkaran (14 hari)

Penyewa dikehendaki membaikpulih pelanggaran syarat penyewaan yang ada.
(Notis ini membawa kepada tindakan mengambil milikan ruang)

3.2.4 Notis Melucut Hak (30 hari)

Dikeluarkan jika Notis Membaiki Keingkaran di abaikan. Setelah tamat tempoh Notis ini, bermakna penyewa telah hilang hak ke atas penyewaan tersebut.

3.2.5 Saman Pemilikan.

Jika penyewa gagal menyerahkan ruang setelah tempoh Notis Melucut Hak berakhir, MARA akan mendapatkan milikan ke atas ruangniaga berkaitan melalui Perintah Mahkamah

3.2.6 Writ Pemilikan

Jika penyewa masih tidak menyerahkan ruang berkenaan seperti yang di arahkan oleh Mahkamah melalui Perintah Mahkamah yang disampaikan kepada mereka, MARA akan memohon kepada mahkamah supaya tindakan memasuki ruang dilaksanakan dengan kehadiran belif.

3.2.7 Tindakan Pecah Masuk

Jika Writ Pemilikan tidak dapat dilaksanakan oleh sebab ruang berkunci, penyewa tidak dapat dikesan dan segagainya, MARA akan mendapatkan perintah mahkamah supaya tindakan Pecah Masuk Ruang berkenaan dilaksanakan. Setelah tindakan Pecak Masuk ruang dilaksanakan oleh belif, tindakan mengambil milikan ruang adalah dianggap selesai

Jika Pejanjian Penyewaan telah Luput

Jika tempoh sesuatu penyewaan itu gagal disambung (Perjanjian penyewaan gagal dibaharui) kerana sebab-sebab tertentu seperti penyewa gagal memperbaiki pelanggaran syarat di bawah perjanjian penyewaan sebelumnya, seperti gagal menjelaskan tunggakan sewa dan sebagainya, MARA akan mengambil tindakan mengambil semula milikan ke atas ruangsewa berkenaan melalui tindakan-tindakan berikut ;

3.2.8 Notis Menamatkan Penyewaan Lebih Masa (Harian/Bulanan)

Menuntut penyewa supaya menyerahkan semula ruang dan menjelaskan semua tunggakan sewa yang ada.

3.2.9 Saman Pemilikan

Jika penyewa gagal menyerahkan ruang seperti yang dituntut dalam Notis di para 3.2.8 di atas, tindakan-tindakan seperti di para 3.2.5 hingga 3.2.7 di atas akan diambil.





4. Tindakan Penguatkuasaan Ke Atas Bekas Penyewa

Proses Tindakan ke atas Bekas Penyewa MARA adalah sama seperti tindakan ke atas Pembiayaan Perniagaan seperti di para 2 di atas.
Back to top Go down
https://pmnpahang.forumms.net

Perlaksaaan Penguatkuasaan

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum: You cannot reply to topics in this forum
PEJABAT MARA NEGERI PAHANG :: UNIT KAWALAN KREDIT :: URUSAN KAWALAN KREDIT -
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions