Admin
Admin
Posts : 32
Join date : 17/04/2009
Age : 41
Location : localhost
|
Subject: Tatacara Permohonan Tue Jul 14, 2009 5:27 pm |
|
|
- Pelajar hendaklah mengisi borang permohonan Pendahuluan dalam empat (4) salinan. Borang permohonan boleh didapati dari Pejabat MARA Negeri / Pejabat MARA Daerah. Permohonan boleh dibuat sebaik sahaja Pelajar menerima tawaran kemasukan ke IPTT tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
- Borang permohonan hendaklah disertakan bersama-sama :
- Salinan kad pengenalan pelajar dan ibubapa
- Salinan sijil kelahiran pelajar dan ibubapa
- Salinan penyata gaji atau salinan Borang BE terkini bagi ibubapa / penjaga yang bekerja.
- Salinan Borang BE terkini bagi Ibubapa / Penjaga yang bekerja sendiri. Sekiranya ibubapa / penjaga bekerja sendiri dengan pendapatan kasar tidak dikenakan cukai, salinan surat pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung, Ketua Mukim dan Penghulu yang mempunyai cop jawatan rasmi, Wakil Rakyat atau Jaksa Pendamai perlu dikemukakan.
- Salinan kad pengenalan dan salinan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan penjamin dari Ketua Kampung, Penghulu atau Wakil Rakyat bagi yang bekerja sendiri.
- Surat tawaran asal dan salinan kemasukan ke IPTT.
Borang permohonan, salinan dokumen dan kad pengenalan hendaklah disahkan sama ada oleh Ketua Kampung, Penghulu, Penggawa, Pegawai Daerah, Wakil Rakyat, Guru Besar, Pegawai Kerajaan / Badan Berkanun atau Pegawai MARA dari kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pegawai Latihan Negeri (STO), Pegawai MARA Daerah (PMD) atau Penolong Pegawai MARA Daerah (PPMD).
Surat Tawaran dan dokumen berkaitan akan diberi kepada Pelajar selepas mendapat kelulusan. Set tawaran adalah mengandungi dokumen berikut :
Dua (2) salinan Surat Tawaran Pendahuluan. Empat (4) salinan Surat Perjanjian Pendahuluan. Penyempurnaan Surat Perjanjian :
Pelajar dan penjamin hendaklah menyempurnakan empat (4) salinan Surat Perjanjian Pendahuluan. Sekurang-kurangnya dua (2) salinan Perjanjian hendaklah dimatikan setem hasil RM10.00 setiap salinan oleh Pelajar. Perjanjian dan dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dikembalikan kepada Pejabat MARA Negeri bagi mengesahkan kesempurnaan dokumen-dokumen dan seterusnya membuat sekiranya lengkap pembayaran akan dibuat kepada Pelajar. Perjanjian disempurnakan oleh Pengarah / Timbalan Pengarah MARA Negeri bagi pihak MARA dengan disaksikan oleh Pegawai Latihan Negeri (STO) atau Pegawai MARA Daerah (PMD) atau Penolong Pegawai MARA Daerah (PPMD). Dua (2) salinan Perjanjian yang dimatikan setem, adalah untuk simpanan BKK seperti berikut:
Salinan asal – kabinet / peti besi berkunci Salinan pendua – fail Pelajar Dua (2) salinan Perjanjian yang tidak dimatikan setem, perlu disahkan benar sebagai ”salinan” oleh Pegawai MARA kumpulan A Pengurusan & Profesional, dan diserahkan kepada Pelajar dan penjamin untuk simpanan. Pengesahan saksi untuk Perjanjian bagi Pelajar dan penjamin disempurnakan oleh:
Wakil Rakyat / Jaksa Pendamai Penghulu, Ketua Mukim dan Ketua Kampung yang mempunyai cop jawatan rasmi. Semua pegawai-pegawai Kerajaan dan Badan Berkanun dalam kumpulan A dan B. Pegawai MARA dari kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Pegawai Latihan Negeri (STO), Pegawai MARA Daerah (PMD) atau Penolong Pegawai MARA Daerah (PPMD). Pembayaran Pendahuluan kepada Pelajar hendaklah dibuat mengikut tatacara yang digariskan di dalam Surat Pekeliling Peraturan Akaun MARA di atas tajuk Pendahuluan Pinjaman Pelajaran yang terkini atau yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
|
|